Tag Archive for 'ptptn'

Hot!! Fresh!! Delivered to You
Enter your email address to subscribe to YYNR.ORG via email (example: adam@yahoo.com)

YYNR.ORG Feed

(Download) MP3 Faizal Tahir - BenCinta


LEPAS menang tiga trofi pada Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) bulan Januari lalu, nama Faizal Tahir sepi seketika dari dunia hiburan.

Faizal pun pernah menyuarakan hasratnya untuk berehat seketika daripada dunia seni kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Lebih-lebih lagi, Faizal baru sahaja menimang cahaya matanya yang ketiga baru-baru ini bernama Ahmad Rifa’ie Zidane.

Elok juga tu kan. Lepas menjadi naib juara OIAM musim pertama dulu sehinggalah ke AJL23, Faizal memang tidak pernah berhenti bekerja demi menyara keluarganya itu.

Tetapi, Faizal kini sudah bersedia untuk kembali mewarnai dunia seni apabila dia akan muncul dalam persembahan sempena minggu setiausaha bersama penghibur tersohor, Anita Sarawak atau Kak Nita yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Baru-baru ini, kawan Papa yang putih gebu bernama Kak Maru menghadiri sidang media persembahan Kak Nita dan Faizal itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Kak Maru memang puji melangit dengan sikap menepati masa Kak Nita yang sampai tepat pada waktunya tetapi yang tak sedapnya, Faizal datang lewat sejam daripada waktu asalnya.

Alasan yang diberikan Faizal adalah kerana kesesakan lalu lintas yang kebetulan pada waktu itu hujan lebat sedang melanda ibu kota. Yang tak sedapnya kata Kak Maru, Faizal yang tiba-tiba datang terus duduk tanpa meminta maaf di atas kelewatannya.

“Sepatutnya Faizal harus meminta maaf di atas kelewatannya sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menunggu lama. Ini tidak, buat tak tahu dengan muka selamba dia je. Tak eloklah macam tu. Cubalah hormat sikit pada Kak Nita yang senior tu dan pihak penganjur,” ngomel Kak Maru yang semakin berseri-seri selepas berkahwin.

Download mp3 Faizal Tahir - BenCinta.mp3

Cheersss…