APABILA syarikat rakaman dan pengurusan artis, Maestro Talent & Management secara tiba-tiba sahaja terpaksa ditutup dan gulung tikar,semua pekerja syarikat itu serta hampir 40 orang artis yang hampir semuanya ‘lulusan’ Akademi Fantasia (AF) yang bergantung harap kepada ‘lembayung’ syarikat berkenaan hilang arah.Hakikat tragis itu terpaksa diterima walaupun masing-masing berdepan dengan kekeliruan.

Kata orang, mungkin hanya artis ’suam-suam kuku’ yang akan terjejas dek peralihan pengurusan Maestro yang akan diambil alih oleh Astro Entertainment, namun kepada artis popular yang sentiasa tidak kering tawaran, Mawi umpamanya, penutupan Maestro tetap satu tragedi hitam dalam kamus kariernya.
Apatah lagi, dalam waktu sebelum pintu pejabat Maestro dikunci rapat, dia dijanjikan dengan bermacam agenda.









