Sidi tersingkir daripada Konsert Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), selepas mendapat undian terendah pada minggu kelima, semalam. Sidi atau nama sebenarnya, Mohd. Rashidi Mohamad Isa, 27, yang menyanyikan lagu, Cinta Yang Sempurna (nyanyian asal 6ixth Sense & Noe Letto) dengan pasangan duetnya, Zahid gagal menyerlah. Sementara itu Isma telah mendapat undi tertinggi selepas berganding dengan baik dengan suami beliau, bekas penyanyi 2×2 dalam lagu Mawarku. Keputusan undi: ISMA - 18; HAFIZ - 17; YAZID - 15; AKIM - 10; AISHAH - 10; CLAUDIA - 9; ARIL - 9; QHAUD - 8 dan SIDI - 5.

Create Your Badge










