Terdengar takbir Syawal tersedu
Mila bersalam penuh ceria
Aku di sini menumpang lalu
Mengucap salam lebaran mulia
Awal Syawal hari kemenangan
Peminat Fatin saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Lemah gemalai Dekna menari
Heliza tersenyum cantik dipandang
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Ebi dan Rizal mandi di perigi
Noni dan Diya menilik diri
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Berhati-hati dijalan raya
Itulah pesan si Linda jelita
Sama-sama menyambut raya
bermaaf-maafan di hari bahagia
Aizat orangnya sangatlah mesra
Bersama Farha sering ketawa
Indah gembiranya berhari raya
bersyukurlah kita nikmat yang ada
Candy bersolek berseri-seri
selepas bersolek pergi ke pekan
Aku menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan
Terima kasih tidak terperi
atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
selamat hari raya pada semua









