Papadom, bermula dengan watak Saadom (Afdlin Shauki) yang membuka gerai makanan nasi kandar untuk menyara kehidupan. Mempunyai seorang isteri bernama Munirah (Noorkhiriah) yang akhirnya mati dalam kemalangan. Sejak itu, Saadom bersikap protective gila terhadap anaknya, Miasara (Liyana Jasmay). Semenjak kecil hingga ke sekolah menengah, kehidupan Miasara diuruskan sepenuhnya oleh Saadom, dari segi pemakanan, aktiviti kokurikulum & sebagainya.
Namun, apabila Miasara memasuki IPTA, Miasara berasa tertekan dengan sikap Saadom, maka dia pun mengikat perjanjian dengan Saadom, iaitu bapa’nya tidak boleh datang ke kampus’nya sepanjang pengajian. Ketika ini’lah, watak Munirah kembali muncul sebagai roh, yang memberikan nasihat kepada Saadom.
Kasih sayang Saadom terhadap Miasara sangat tinggi, maka dia telah memohon kerja sebagai tukang kebun di IPTA tersebut. Miasara kemudian’nya bercinta dengan Hisham (Farid Kamil), namun Saadom tidak menyukai Hisham sebab player sangat. Maka, dia telah membantu seorang lagi peminat Miasara, iaitu Mat (Que Haidar) supaya dapat mendekati Miasara, dan menjauhkan Hisham dari diri Miasara.
Pastikan Beli DVD Original !!!









