Dah lama juga tak mendengar al-kisah mengenai Diana Naim, ex-girlfriend dan tunang Mawi. Baru-baru ini Ina dikhabarkan akan berlakon di dalam drama bersiri produksi Yusof Haslam yang berjudul Air Mata Maria. Ina Naim as an actress? Who would have expected fate would turn out this way? Nampaknya rezeki ini bertambah-tambah selepas berputus tunang dengan Mawi. She will star in a drama under the direction of Yusof Haslam’s son, Shamsul. Sebelum ini, album Ina yang berjudul Aduhai Hati dikatakan telah digam oleh stesyen radio tempatan semata-mata kerana tidak menepati piawaian. Ini semua adalah dugaan kepada Ina. Ina, gadis yang berasal dari Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi Johor itu masih lagi tidak patah semangat.

INA BARU-BARU INI PERGI MEMBUAT CROWNING GIGINYA
“Ina tidak tiru dia. Ketika dia umumkan akan berlakon sebenarnya Ina sudah terlebih dulu mendapat tawaran daripada Datuk Yusof. Sudah lama Datuk ingin ambil Ina berlakon, tetapi Ina ambil masa untuk fikirkan dulu.“Bukan tidak ada hala tuju yang tetap dalam dunia seni, tetapi Ina sudah bertanya pada rakan artis. Mereka nasihatkan Ina supaya terima saja, sebab orang lain teringin sangat berlakon, tapi tak dapat. Jadi mereka nasihat Ina ambil saja peluang itu dan anggap ia sebagai rezeki Ina. Narina adalah seorang gadis kampung yang susah. Dia datang ke Kuala Lumpur mencari kerja dan diterima bekerja di sebuah syarikat besar. Narina berkawan baik dengan Marina yang dilakonkan oleh Diana Danielle Beeson (girlfriend Shamsul). Setakat ini sudah enam babak dirakamkan yang kebanyakannya mengambil lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Biarpun ini pertama kali dia beraksi di hadapan kamera, Ina akui dia tidak berasa kekok apa lagi dengan bimbingan Shamsul Yusof Haslam yang tidak pernah berkeras, tetapi membimbingnya dengan lembut. Ina baru sahaja menyambut majlis harijadinya yang ke-23 pada 19 Mac yang lalu. Projek ini seterusnya adalah menjadi duta satu produk kecantikan.


INA SEWAKTU KETIKA DAHULU
Agaknya kalau Mawi dan Ina berkahwin dahulu, adakah anak mereka akan berupa sebegini? haha..

Saingan Ina Naim, Ikin. Hubungan Ikin dan Mawi dikatakan semakin mesra.


MAWI DAN INA BERGAMBAR BERSAMA SETELAH BERTEMU BARU-BARU INI APABILA DIMINTA WARTAWAN

DUA GADIS YANG DIKECEWAKAN MAWI? DIANA RAFAR DAN DIANA NAIM KINI SUDAH BERMESRA!









