(EBOOK PERMATA YANG HILANG) - Klik Di sini Untuk Muat Turun // Click Here !!! 


Hot!! Fresh!! Delivered to You
Enter your email address to subscribe to YYNR.ORG via email (example: adam@yahoo.com)

YYNR.ORG Feed


(Gambar) Ana Raffali bertudung Sebelum Berkahwin

Filed under: Malaywood — Tags: , , , , , SITEMAP - admin @ 2:57 pm

Ana Raffali mengambil keberkatan Maulidur Rasul yang lalu apabila mula mengenakan hijab serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad. Menegaskan keputusan diambil bukan atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdullah namun dari keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.

Tambahnya, tiada sebarang persoalan pun bermain dalam fikiran sebaik bertudung malah dirinya berasa tenang dan bersyukur keinginan itu diperkuatkan lagi dengan sokongan insan terdekat, terutama keluarganya.

gambar GUA“Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan.

“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan hari pernikahannya pada 25 Februari ini.



0 Responses to “(Gambar) Ana Raffali bertudung Sebelum Berkahwin”


  1. No Comments

Leave a Reply