Maya khabarnya banyak menghabiskan masa bersama suami tercinta di rumah dan pada masa yang sama banyak menolak pelbagai tawaran yang datang kerana ingin menjadikan tahun ini ‘private year’ gitu. Ketika ditanya tentang kehidupannya bersama suami ketika ini, luah Maya sambil menguntum senyuman, dia juga menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata tahun depan.
“Saya juga sama seperti pasangan suami isteri yang lain, punya impian untuk memiliki anak sendiri. Jika boleh, saya merancang untuk ada cahaya mata tahun depan. Steven juga amat mengharapkan kami dikurniakan anak.
“Tapi, saya tidak mahu terlalu fikirkan sangat kerana saya tidak mahu rasa tertekan pula. Saya percaya, Allah telah tentukan takdir semua individu. Jika ditakdirkan saya memiliki keluarga yang besar, saya bersyukur.
“Namun, jika tidak pun, saya terima semua itu. Sebagai umat Islam, selain percaya pada takdir, kita juga kena berusaha ke arah itu,” katanya yang mendirikan rumahtangga dengan suaminya itu pada 15 Ogos tahun lalu di Itali.










