Hot!! Fresh!! Delivered to You
Enter your email address to subscribe to YYNR.ORG via email (example: adam@yahoo.com)

YYNR.ORG Feed


(Gambar) Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin


Saksikan gambar-gambar perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan.

PERASAAN gemuruh dan segan bercampur baur saat majlis pernikahan aktres Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam kelmarin.

Cerita Catriona atau Cat, saat dia dibawa ke luar sambil menutup muka dengan kain layah mengikut adab perkahwinan Inggeris, ramai mata yang tertumpu kepadanya sehingga membuahkan rasa segan.

“Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu.

“Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.

“Ada yang memanggil saya untuk mengambil gambar, memberikan ucapan ‘good luck’ dan bergembira ketika saat itu,” kata Cat ketika menggambarkan suasana majlis pernikahannya.

Dengan sekali lafaz, Cat sah bergelar isteri Shaharuddin selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

“Bila nikah kami dah sah, terus saya rasa terharu dan gembira kerana dah selamat jadi seorang isteri.

“Saya juga bersyukur kerana kejadian yang tak diingini tidak berlaku dan keluarga kedua belak pihak turut sama gembira.

+ Artikel penuh di Mstar Online.

Related Posts


Remy Orga

Create Your Badge

1 Response to “(Gambar) Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin”


  1. 1 refelsia

    tahniah di ucapkan kepada catriona kerana telah selamat melangsungakn perkhawinan dengan jejaka pilihan hati,di harap perkhawinan beliau akan kekal selamaya, artis kat malaysia ni kena lah contohi beliau walaupun namanya dikenali di layar perak tak lah banyak konterversi yang panas semata-mata untuk di kenali…..beliau sunguh pandai dan bijak melalui kehidupan sebagai anak seni dari lakonan, pertunangan dan majlis perkhawinan sungguh low profail sekali meyebarkan beritanya……. tentang berita perkawinannya ini sudah mencukupi untuk orang sentiasa minat dan terus meminatinya……tak payah lah nak sorok2 sebab anda kan artis glamour atau tak kalau telah di gelarkan artis pastinya ada fun nya…….so berkatalah dengan jujur seperti catriona…….

Leave a Reply