Hot!! Fresh!! Delivered to You
Enter your email address to subscribe to YYNR.ORG via email (example: adam@yahoo.com)

YYNR.ORG Feed


(Raja Lawak) Yus tolak tawaran program TV sebab malu?


Mesti ada yang sudah lupa dengan penampilan lelaki bertubuh gempal berasal dari Perlis ini. Yus datang dengan bakat yang diasah daripada teater, tapi mungkin dia tidak datang dengan pakej yang baik, lalu namanya terus berkubur begitu saja.

Mungkin ini diskriminasi yang berlaku terhadap anak seni yang tidak hadir dengan wajah menawan. Terbaru, Oh! Artis dengar Yus kini bekerja sebagai pemuzik di sebuah universiti utara tanah air. Rupa-rupanya, Oh! Artis dimaklumkan hakikatnya Yus memang tak boleh nak sesuaikan diri dengan dunia artis. Kalau boleh memang dia tak mahu lagi berada di dalam kelompok orang glamor macam rakan Raja Lawak yang lain.

Yus ini sebenarnya jenis orang yang low profile. Seorang pembaca Oh! Artis pernah beritahu yang Yus pernah dijemput untuk menjadi tetamu sebuah program bercorak jalan-jalan sambil cari makan. Kebetulan yang menjadi pengacara program itu turut dilahirkan dalam program yang sama. Bayangkan selepas dia mengesahkan untuk menjadi tetamu program itu, tiba-tiba pada saat akhir Yus boleh batalkan dengan alasan malu dan tak mahu lagi terdedah di depan kaca TV. Oh! Hai.. Macam-macam..

Related Posts



0 Responses to “(Raja Lawak) Yus tolak tawaran program TV sebab malu?”


  1. No Comments

Leave a Reply