Hot!! Fresh!! Delivered to You
Enter your email address to subscribe to YYNR.ORG via email (example: adam@yahoo.com)

YYNR.ORG Feed


Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa, Malaysia

Filed under: Hot! — Tags: , , SITEMAP - admin @ 10:49 am

Apa Itu Tanah Runtuh?

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:

  • hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
  • cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
  • gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
  • letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
  • gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
  • berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
  • tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
    pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
  • Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.

    Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

    Kejadian Tanah Runtuh Di Kuala Lumpur Berulang Lagi

    KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Menyaksikan pasukan penyelamat menggali timbunan tanah cuba mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam runtuhan tanah yang menimbus sekurang-kurangnya 14 banglo di Bukit Antarabangsa di sini sama seperti melihat tayangan semula tragedi Highlands Tower berdekatan hampir genap 15 tahun lalu.

    Jentera pengorek terpaksa bergerak perlahan dan hati-hati kerana khuatirkan berlaku lagi tanah runtuh ketika jentera itu mengorek timbunan tanah dari satu lagi tragedi runtuhan, juga pada kawasan lereng bukit di pinggir ibu kota.

    Pada 11 Dis 1993, seperti hari ini yang juga Sabtu, satu blok kondominium di projek Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup.

    Tragedi itu adalah satu ingatan tegas dan pembuka mata tentang bahaya pembangunan perumahan di lereng bukit di sekitar Lembah Klang, kawasan kediaman paling sesak, dan tempat kediaman golongan kaya dan terkenal.

    Banyak risalah dihasilkan yang selalunya menuding jari kepada pihak mana harus dipersalahkan, tetapi apa yang jelas tidak ada orang yang belajar dari tragedi seumpama itu.

    Setakat ini, hanya empat mayat telah dapat dikeluarkan dari timbunan dengan kira-kira 93 orang dilaporkan terselamat.

    Belumpun memori Highlands Tower lenyap dari ingatan kita, satu lagi kejadian tanah runtuh awal pagi di Taman Hillview juga berhampirakan tempat tragedi hari ini, menimbusi rumah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar pada 21 Nov 2002, mengorbankan enam anggota keluarga termasuk isterinya dan dua pembantu rumah Indonesia.

    Pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai jenis garis panduan dan undang-undang mengenai pembangunan lereng bukit tetapi jelas kita masih jauh dari melihat yang terakhir, terutama di Selangor di mana bukit-bukit yang indah satu ketika dulu, ditarah dan digondolkan, kadangkala bebas dari menghadapi sebarang hukuman.

    Walaupun pembangunan lereng bukit pada tahap kecuraman tertentu dibenarkan, persoalannya siapa yang akan menguatkuasakan ini, dan jikapun dikuatkuasakan sejauh mana ia berkesan?



    Anggota tentera melakukan kerja-kerja menyiapkan jambatan sementara di atas longkang besar bagi menghubungkan Taman Bukit Mewah ke Riverdale Park di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, semalam. Jambatan sepanjang 26 meter itu terpaksa dibina setelah jalan keluar masuk ke Bukit Antarabangsa terputus ekoran kejadian tanah runtuh

    Related Posts



    5 Responses to “Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa, Malaysia”


    1. 1 daiya

      sesuatu itu tidak berlaku tanpa sebabnya..
      segala yang baik itu datangnya dari Allah..
      dan yang kekurangan itu segalanya datangnya dari manusia.

    2. 2 tinie

      ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu
      dengan terjadinya peristiwa hitam ini..
      terimalah dengan sabar dan redha.

    3. 3 myeverio.com

      kenapa tanah runtuh lagi berlaku….
      ada pendapat menyatakan rumah2 tersebut tidak dipiling….
      kenapa? takut gegaran berlaku semasa proses piling..
      betulkah?
      ada pikirkan…..

    4. 4 wan

      apabila maksiat ada dimana2 tampa dibendung. maka kebinasaan pasti akan berlaku. ini adalah hukuman dari Allah.ingatlah manusia yang rakus jangan hanya tahu mengaut keuntungan tampa mengira nyawa insan yang lain. hari pembalasan pasti akan menjelma bila-bila masa sahaja.harta, wang ringgit tiada nilainya disisi Allah. hanya amalan ,ibadah didunia sahaja menjadi perlindung dari azab api neraka. subhanallah… jangan lupakan akhirat dek kerana keseronokan di dunia.

    5. 5 mizie

      ape jua kejadian yang berlaku adalah atas kehendak Yang Maha Esa…..inilah akibatnya jika kita lupa akan tanggunjawab dan lalai manjalankan kewajipan kepadaNYA..kejadian yang berlaku hanya sebahagian drpd hukumanNYA..ingatlah semua umat islam,kembali la kepangkal jalan selagi belum terlambat…..

      kepada mereka yang terlibat dengan bencana ini bersabarlah,sesungguhnya bersabar itu sebahagian drpd iman bagi yang beragama islam…dan semoga mereka yang telah kembali kerahmatullah akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan solihin…amin,

      Kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seperti bomba,smart,tentera,polis,jpa serta pasukan peruabtan hospital yang telah bertungkus lumus menbantu mangsa tragedi…TAHNIAH.pergorbanan kalian sangat mulia..

      tidak adil rasanya jika kita menyalahkan pasukan ini,seandainya mereka tidak dapat memberikan kepuasan yang begitu sempurna ketika mereka menjalankan tugas…sebagai menusia mereka juga letih,penat dan mengantuk setelah sekian lama berada ditempat kejadian…janganlah jika melihat mereka makan atau minum dan berehat beranggapan mereka ini hanya duduk goyang kaki..sepatutnya orang-orang berkenaan berterima kasih bukan menghentam…Fikir lahhh

      sebagai mangsa tragedi,jangan terlalu mengharapkan kehidupan yang terlalu selesa dengan meminta tinggal dihotel…sedangkan rakyat yang susah dan ditimpa bencana hanya tinggal disekolah mahupun balairaya..bukan masanya nak memikirkan ststus dan darjat…bukan masanya nak makan ayam panggang,bukan masanya nak tidur atas tilam empuk,bukan masanya nak bermegah dengan emas berlian…jadi bersyyukur lah dengan apa yang ada…makan lah ape yang diberikan…

      fikir lah sendiri aper yang patut di lakukan dan jangan hanya meminta sesuatu yang terlalu sempurna…bukan masanya nak memikirkan darjat atau ststus….kita sama..manusia..yang memerlukan pertolongan

    Leave a Reply