HASRAT sejak 30 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan buat tukang masak, penari, penyanyi, pelakon dan pengacara, Jaafar Onn apabila dia menambah satu lagi ‘jawatan’ di belakang namanya iaitu penyampai radio. Memulakan tugas pertamanya itu pada 29 Mei lalu di saluran radio WFM (Wanita FM), Jaafar kini boleh tersenyum puas kerana impiannya dimakbulkan Tuhan setelah sekian lama menanti peluang itu. Rancangannya bertajuk “Santai Bersama Jaafar” dan akan menengahkan tema seperti masakan dan solekan. “Saya tahu mungkin orang akan mempersoalkan mengapa bukan wanita yang mengemudi program sedemikian tetapi bagi saya, Jaafar mempunyai kemampuan mengendalikan program itu,” kata bekas DJ popular RMKL itu. Program Santai Bersama Jaafar Onn disiarkan dua kali seminggu setiap Selasa dan Khamis bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Bersesuaian konsep radio itu dengan sasaran pendengarnya di kalangan wanita matang dan profesional berusia antara 25 hingga 45 tahun, ia turut membicarakan topik hal ehwal wanita dan rumah tangga. WFM boleh didengar di sekitar Lembah Klang menerusi frekuensi 88.1 serta beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

BERBAKAT - ABANG JAAFAR ONN
Apa-apa pun tahniah Abang Jaafar! (source: bharian.com.my)










really enjoyed reading this site keep it up
Asalamualaikum and good morning abang Jaffar. Saya adalah salah seorang peminat Radio Wanita FM. Dulu radio wanita di frekuensi 88.1 sekarang kalau saya nak dengan suara abang jaafar dimana. Adakah abang jaafar masih lagi setia dengan radio wanita. Tolong jawab ya….
assalamualaikum. sy seorang lelaki yg xde perasaan, lasak, macho, brutal yg berumur 27 tahun. baru2 ini jiwa sy berjaya ditenteramkan oleh radio wanita fm. tp malangnya sy dikecewakan kerana radio wanita fm tidak lg ke udara dlm bahasa melayu. Sila hubungi sy 017-3798980 dan jelaskan kpd sy supaya dapat mengurangkan keresahan saya ini..
radio wanita fm ada facebook x? add la sy.. hehehe. nk tau perkembangan terkini